Pastu kat area ni banyak makanan halal yg diusahakan oleh orang muslim uighyur yang berasal dari mongolia. So makan bukan issue besar dia tak murah dan tak mahal kiranya sepinggan mee tarik tu dalam lingkungan 8-10 ringgit je boleh share dua org so ok lah. Cukup untuk kenyang cuma samada korang dpt ke tak dpt makan sebab selera org ni lain2. Macam aku mmg boleh telan je apa2. Sbb aku mmg trained diri aku utk jadi survivor asal kan bersih halal dan diyakini.
Ni org muslim kat sana. Nampak bersih je muka diorang . Ni tgh bakar kambing skewer.
Ok sambung balik cerita barang2 deko kat sana. Bagi aku lah kan kat onelink tu ko mmg nak kene pandai recce harga dulu jgn main sebat je beli. Pastu bunga kat onelink agak mahal. Baik pg beli kat deretan lorong belakang kat Bin Bin Plaza iaitu berdekatan dengan exit E haizu square metro. Korang jalan depan sikit then boleh nampak kedai2 bunga dia. Ok ok la bagi aku sbb aku beli hydreangeas dalam rm 6 sebatang yang mana kat ssf tu jual rm 30 sebatang.
Cantik kan. Agak besar jugak ni.
Tulip ni dlm rm 3 sebatang so dua2 aku beli 10 batang each. Sbb kat sini kaedahnya u buy more ,more discount.
Ni aku tak beli tapi aku mcm penah nampak kat ssf yang aku rasa harga mahal boleh tahan tapi ok la kat sini aku rasa dlm rm 50 je harga dia. Sbb time aku pg tu duit rm 1 bersamaan dgn 1.55 reminbi .
Salah aku sbb terlalu ghairah bershopping sampai lupa nak tangkap gambar yang lain2. Banyak la yg cake tier yang besar tu, jam dinding ,frame. Aku ni kan jenis tak penyabar so mmg taklah aku tangkap gambar satu2 apa aku beli tapi aku terus hias rumah. Aku beli frame yg silver2 color tu dlm 8 ke 10 keping. Pastu ada pasu, throw cushion dia dalam rm 30 la sebijik ok la kain velvet yang tebal bukan mcm yang jual kat kaison. Sbb tu aku cakap nak cakap murah sangat tu macam rm 10 sebijik barang tu takde la tapi prinsip aku dah alang2 sampai kat sana beli je yang ko rasa harga 50 % lagi murah dan quality lagi elok. Sbb aku tau org mesti kecam eleh barang china mesti tak tahan la cap ayam la but kalau korang nak tau ikea punya barang pun made in china. Cuma dia letak label n sticker ikea je. Tak caya tgk la kat product description tu.
Pastu kes kain langsir. Aku ni tak tau apa2 pasal langsir sangat. Slalu aku beli ikea ready made . The only yang aku beli tempah is aku beli kain kat ssf tu pun time sales semeter untuk bidang 110" tu pun harga dalam rm 19.90 semeter. Tapi ko tau la beli langsir nak kene beli bermeter meter so ratus jugak la jadinya khennn.pastu aku slalu follow blog kak moon moonpunyerblog.blogspot.com tu nampak mcm murah je langsir sales sarah hugh globe tu. boleh dpt dlm range semeter rm 5,10,15,25 yang paling mahal. Aku hari tu dapat kain plain yg berjalur mcm satin sikit semeter dalam rm 12 mcm tu utk bidang 110. So aku tak tahu mahal ke murah ke yang pasti aku bayar dlm rm 300 lebih jugak. Tempah slalu nya aku tempah kat kak shadijah ni. Aku kan miss google international haha. Dapat la number dia online. Dia ambik tempahan area putrajaya, kota warisan sepang nilai dan yang sewaktu dengan nya. Murah jugak la sbb aku suruh dia jahit langsir eyelet for sliding door aku baru rm 200 lebih. Langsir ni area Highsun fabric market. Tak silap aku kene pg exit b kat dongshu station pastu ko jalan terus kalau tak pun tanya org kat situ siap2 bawak tulisan cina. Tak silap la takut salah info. Pegi la recce satu2 kedai sbb daerah nya panjang so kalau rajin compare la sbb mostly mmg bidang besar jenis kain kat sini. Tapi ko kene tanya nak tgk roll kain tu. tapi kalau ko tanya aku since internet very limited kat china yang boleh hanyalah yahoo jer so ada few option yang korang boleh buat;
Samada pakai VPN ni korang kene bayar tak silap.
Or korang duduk hotel 5 stars yang mungkin ada bayar vpn service ni untuk pelanggan hotel tu. or everything like google map korang download and screen shot siap2 sbb google map pun tak leh nak bukak sana. Yang boleh is diorang sendiri bahasa cina punya apps. Jadi sng nak kemana2. Esp apps alih bahasa english to madarin sbb kalau mandarin korang zero habis la nak comunicate. Unless kalau korang nak hassel free korang ambik satu guide yang akan bawak korang kemana2 yang akan jd translator untuk korang berbual yang mana aku tgk org kita tak kan sangat nak pakai except matsalleh and para awang hitam aka negro. Kat sini aku rasa terputus dgn dunia luar sbb takde access to insta or fb. Yahoo pun very limited. Blogwalking pun takleh nak buat sbb blogspot kan under google. Aku tak paham kenapa nak block semua ni. Aku betul2 terasa kembali ke zaman 90-an whereby bila ko nak g memana ko mmg struggle tgk map and tanya org and even more challenging sbb communication barrier dgn org2 local. Kalau tak selama ni tak tau g google pastu waze.
Btw sebelum menutup tirai merapu- ness ni nak tanya ni murah tak korang?
Aku tanya harga dalam 2500 reminbi. Dalam rm 1600 mcm tu and diorang boleh hantar direct pg rumah korang so cuma tambah 600 rmb je. And kalau korang tambah hoverboard tu sekali kira dia hantar sekali harung total 600 remimbi jugak. Sbb hovervoard kan not permited to carry onboard sbb ada lithium battery.
Ni hoverboard dia kasi aku dlm 530 reminbi dalam 300++ la duit kita. Ni la aim aku jugak ni. Tapi sabau dulu. Simpan duit dulu.
Dan ini lah rumah mak hencik setelah diberikan nafas baru deko.

















